ubat hati

.

Selasa, 27 September 2011

Gaya Seorang Prof

Masa kecil2 dahlu aku selalu melihat rancangan rancangan tv seperti Bicara Siswa, Debat dll....aku kagum cara diaorang bercakap dan berhujah. Dalam masa yang sama aku turut teruja dengan wawancara tv dengan golongan akedemik..amat mengagumkan juga melihat rak-rak buku dibelakang mereka.aku juga rasa tidak kesempatan untuk menjadi seorang seperti itu di sebbkan aku bukanlah org cerdik dan terpelajar. Naluri aku mengatakan aku mampu seperti itu, dalam masa yang sama aku cuba berusaha walupun mendapat cemuhan dr rakan-rakan yang tidak mengalakan aku untuk belajar. Tetapi aku abaikan sbb sifat aku tidak mudah mengalah dan berusaha sehingga dapat walau tiada duit. Aku selalu membaca kisah-kisah kesusahan orang yang berjaya seperti Prof Madya Dr Agus Yusuf, tokoh akedmik lain dan kwan baik aku seorang pensyarah di Kedah seketika dulu. Dia banyak memotivasikan aku mengenai kesusahan dia semasa dia belajar. Antara word yang masih teringat adalah terpaksa jual ikan dengan motor (keluarga bercerai) untuk belajar. Sekarang beliau telah memperolehi Doktor Falsafah. Alhamdulilah aku berjaya masuk universiti satu perasaan yang mustahil untuk aku ucapkan kerna aku tidak layak masuk universiti kerana di situ bukan tempat aku..tempat aku hanyalah bengkel dan tempat pembinaan sahaja. Aku ucapakan syukur kepada Mu....Aku berjaya masuk universti dengan kepenatan belajar yg aku tinggalkan selama 5 tahun. Paling gembira adalah parent aku sbb aku adlaah yang pertama dalam adik beradik aku masuk universiti.Aku menjadi idola kepada adik aku dan Alhamdulilah sekali lagi dia memperolehi pelajar terbaik dalam keputusan STPM di Kuala Terengganu.

Di universiti aku seorang yang aktif dan bergaul dengan pemikir2 di universiti di sni aku lebih terbuka untuk menerima pendapat orang lain dengan ilmiah. Aku puas bertemu dengan orang cerdik pandai..selama 3 tahun aku tamatkan pengajian aku ijazah pertama, aku masih belum puas dalam mencari ilmu, rasa kosong jika tanpa buku, jiwa memberontak jika tidak bersama mereka yang cerdik pandai. Aku mengambil keptutusan untuk menyambung pelajaran peringkat sarjana, di sini aku bertemu dan boleh berkawan dengan pensyarah n prof dengan lebih rapat lagi. Banyak pengetahuan lain aku dapat. masih ingt semasa mengambil borang untuk lanjutkan pelajaran duit aku hanya ada Rm 20 sahaja, itu pun bocor tayar bocor di tengah jalan..Besar dugaan aku tabahkan lagi untuk belajar.Pihak universiti meminta aku menyediakan kertas cadangan aku sediakan dan Alhamdulilah aku dapat biasiswa untuk belajar di samping dapat menolong keluarga aku. aku amat gembira dapat bergaul dengan orang2 akedemik seperti Cikgu Yusri (seorang kwn yg amat pintar), Prof Ibrahim, Ustaz2 di universiti dan pegawai2 kerajaan yang melanjutkan pelajaran.

Dalam keseorangan menuntut ilmu dan aku sedar ilmu itu amat bernilai...amat penat, amat tragis, amat pedih khususnya untuk menyiapkan tesis. Kesabaran amat kuat. hanya senyuman yang mampu aku ukirkan. Masih teringt kata 2 prof "jgn bagi sy sampah, sy prof" sampah merujuk kepada penulisan tesis aku. Tidak mengapa aku hanya sabar dan tabah...Papepun terima kasih kernaa tunjuk ajar kepada aku. semakin lma semakin aku rapat dengan prof, disni aku rasa bermimpi kerana dapat berjumpa dengan orang yang betul2 mahir dalam bidang akedemik. Disini aku jumpa orang-orang yang aku kagum sepeti masa aku kecil2 dahulu. InsyaAllah aku bulatkan tekad untuk sepertinya....semoga di permudahkan segala urusan aku...