ubat hati

.

Selasa, 3 Januari 2012

Mencari Kemanisan Imam

Masih tertanya dan mencari maklumat secara saintifik apakah kemanisan Imam...berbual dengan kawan dan berbincang mengenai apakah metodologi yang terbaik untuk mencapai satu kemanisan imam..antara yg memberi pendapat adalah:

1. membaca quran
2. zikir
3. Solat malam
4. ikhlas
5. bersedekah
6. dan lain-lain amalan lain

fansuri terfikir adakah perkara2 ini dilihat sebagai satu metoodologi kemanisan imam? rasa-rasa tidak sebab kemanisan itu adalah perkara yang abstrak tetapi yang disenaraikan diatas adalah amalan...masih mencari apakah kemanisan imam...semoga diberi petunjuk..

Selasa, 27 September 2011

Gaya Seorang Prof

Masa kecil2 dahlu aku selalu melihat rancangan rancangan tv seperti Bicara Siswa, Debat dll....aku kagum cara diaorang bercakap dan berhujah. Dalam masa yang sama aku turut teruja dengan wawancara tv dengan golongan akedemik..amat mengagumkan juga melihat rak-rak buku dibelakang mereka.aku juga rasa tidak kesempatan untuk menjadi seorang seperti itu di sebbkan aku bukanlah org cerdik dan terpelajar. Naluri aku mengatakan aku mampu seperti itu, dalam masa yang sama aku cuba berusaha walupun mendapat cemuhan dr rakan-rakan yang tidak mengalakan aku untuk belajar. Tetapi aku abaikan sbb sifat aku tidak mudah mengalah dan berusaha sehingga dapat walau tiada duit. Aku selalu membaca kisah-kisah kesusahan orang yang berjaya seperti Prof Madya Dr Agus Yusuf, tokoh akedmik lain dan kwan baik aku seorang pensyarah di Kedah seketika dulu. Dia banyak memotivasikan aku mengenai kesusahan dia semasa dia belajar. Antara word yang masih teringat adalah terpaksa jual ikan dengan motor (keluarga bercerai) untuk belajar. Sekarang beliau telah memperolehi Doktor Falsafah. Alhamdulilah aku berjaya masuk universiti satu perasaan yang mustahil untuk aku ucapkan kerna aku tidak layak masuk universiti kerana di situ bukan tempat aku..tempat aku hanyalah bengkel dan tempat pembinaan sahaja. Aku ucapakan syukur kepada Mu....Aku berjaya masuk universti dengan kepenatan belajar yg aku tinggalkan selama 5 tahun. Paling gembira adalah parent aku sbb aku adlaah yang pertama dalam adik beradik aku masuk universiti.Aku menjadi idola kepada adik aku dan Alhamdulilah sekali lagi dia memperolehi pelajar terbaik dalam keputusan STPM di Kuala Terengganu.

Di universiti aku seorang yang aktif dan bergaul dengan pemikir2 di universiti di sni aku lebih terbuka untuk menerima pendapat orang lain dengan ilmiah. Aku puas bertemu dengan orang cerdik pandai..selama 3 tahun aku tamatkan pengajian aku ijazah pertama, aku masih belum puas dalam mencari ilmu, rasa kosong jika tanpa buku, jiwa memberontak jika tidak bersama mereka yang cerdik pandai. Aku mengambil keptutusan untuk menyambung pelajaran peringkat sarjana, di sini aku bertemu dan boleh berkawan dengan pensyarah n prof dengan lebih rapat lagi. Banyak pengetahuan lain aku dapat. masih ingt semasa mengambil borang untuk lanjutkan pelajaran duit aku hanya ada Rm 20 sahaja, itu pun bocor tayar bocor di tengah jalan..Besar dugaan aku tabahkan lagi untuk belajar.Pihak universiti meminta aku menyediakan kertas cadangan aku sediakan dan Alhamdulilah aku dapat biasiswa untuk belajar di samping dapat menolong keluarga aku. aku amat gembira dapat bergaul dengan orang2 akedemik seperti Cikgu Yusri (seorang kwn yg amat pintar), Prof Ibrahim, Ustaz2 di universiti dan pegawai2 kerajaan yang melanjutkan pelajaran.

Dalam keseorangan menuntut ilmu dan aku sedar ilmu itu amat bernilai...amat penat, amat tragis, amat pedih khususnya untuk menyiapkan tesis. Kesabaran amat kuat. hanya senyuman yang mampu aku ukirkan. Masih teringt kata 2 prof "jgn bagi sy sampah, sy prof" sampah merujuk kepada penulisan tesis aku. Tidak mengapa aku hanya sabar dan tabah...Papepun terima kasih kernaa tunjuk ajar kepada aku. semakin lma semakin aku rapat dengan prof, disni aku rasa bermimpi kerana dapat berjumpa dengan orang yang betul2 mahir dalam bidang akedemik. Disini aku jumpa orang-orang yang aku kagum sepeti masa aku kecil2 dahulu. InsyaAllah aku bulatkan tekad untuk sepertinya....semoga di permudahkan segala urusan aku...

Selasa, 23 Ogos 2011

Ayah Su Haji Mamat


Ayah Su Haji Mamat adalah seorang tokoh agama yg di segani di daerah Kuala Terengganu.. Beliau adalah guru aku, tp masa tu aku masih kecik lagi, masa dia aktif mengajar umur aku dlm drjah 3 or 4 mcm tu la..dia sangat friendly n ramah..Jika malam jumaat (malam beliau tidak mengjar) masih ingt selalu sangat dia lepak dlm surau. Aku niee kira org plng kecik la duk lepak citu..beliau selalu pnggil aku n kata " budi mai jap tlg picit ayah Su"...aduiii kenangan tidak boleh dilupakanla..berdamping dengan seorang ulamak akhirat seperti ni. dalam ramai2 niee ada yg mualaf seperti Usop Siam, Jalil, Ali Mualaf.. Ayah Su ibarat ayah kepada mualaf ini kepada diaorang, ayah Su la segala2nya bg diaorg. Bagi aku amat pyh mahu mencari org sebaik ayah Su. Dlu masyarakat penuh dengan kejahilan, ayah Su rela bayar gaji diaorg untuk suruh diaorang dtg mengaji kat surau dia. Ayah Su tidak suka marah tp just psiko seseorng jer, kata2 dia boleh membuat seseorang itu menangis n hiba.Masih teringt lagi pada kul 10 pagi dia selalu lepak kat tingkap umah dia kalu dia tgk aku mesti ayah Su sengih n bg duit Rm 1 ... tetapi situasi ini tidak lama,arwah nenek aku bgtau ayah Su sedang sakit n aku pun pergi melawat dia. masih ingt kata2 dia ayah Su dh xlarat dh selalu xingt.selang beberapa lama dia pun pergi untuk selamanya pada tahn 1995. Jenzahnya kekuningan, terlalu ramai yg hadir memberi penghormatan terakhir kpdnya sehngga sesak lalulintas lbh kurang 5,6 kilomenter. Selapas jenazah di sembahyangkan di surau dia maka hujan renyai2 mencurah datang, keadaan mendung seolah2 bumi pun sedih ditinggalkan oleh seorang ulama. itu la serba sedikit mengenai Ayah Su.. Ya Allah aku merindui usikan mu...

Jumaat, 12 Ogos 2011

Terjumpe budak tidak puasa

Tahun ini aku terjumpe 2 orang budak tidak puasa di kampung aku dalam kedai cina..kebetulan petang itu aku memakai kopiah untuk pergi berbuka puasa di surau.aku terus berhenti depan kedai cina tu sambil merasa mahu jer marah kepada 2 orang yang tidak berpuasa. Aku terus pergi dekat budak itu dan bertnya,mungkin ayat aku ini kasar sedikit tetapi aku berkasar untuk dia berfikir apa yang aku bgtau adalah untuk manfaat kepada dia. aku berkata
"awak kafir or islam?,
"kenapa awak tidak malu kepada Allah?
"kenapa tidak berpuasa, bila awak cita2 nak ganti puasa yang ditinggal?
'adakah awak berkawan ngan malaikat dan malaikat tidak akan menulis apa yang awak buat'...
kata2 aku ini membuat muka dia merah dia aku melihat cuba melawan tp aku wat aku lg garang dr dia menyebabkan dia tunduk n senyap..Aku merasa Islam amat dihina sbb org Islam sendiri menjatuhkan Islam didepan org bukan Islam.Dalam jiwa pada hari itu nak aku je aku fire cina dan 2 orang budak itu..Islam amat dihina..aku tidak kisah jika budak itu ponteng puasa dirumah or sebaliknya tetapi ini berlaku didepan orang bukan Islam, perkara seperti ini menyebabkan supreme Islam itu akan jatuh..Dia mungkin tidak memikir sedemikian jika dilihat dari aplikasi maka islam akan jatuh perlahan demi perlahan yang berpunca dr orang Islam itu sendiri..
Aku harap budak itu akan appreciate apa yang aku nasihat...Amimmm

kali pertama membaca novel


kali pertama membaca novel adalah Denyut Kasih Medik, novel yg diberi oleh seseorang..
Dulu aku pling xsuka baca novel sbb xda manfaat just khayalan penulis..tp sebenarnya novel adalah medium terbaik untuk mengolah ayat atau penulisan..Pada asalnya aku tgk paper mengenai novel ini rasa tertarik jgk la nak baca, so aku suruh la someone sruh beli kat KL..selepas membaca aku rasa feeling lak untuk terus membaca sbb rentetan ayat yang menyebabkan rasa tertarik...rasa2 aku leh habiskan dlm masa 4 hari kot sampai xkuar bilik aku baca...yg penting aku tertarik cara dakwah n kewarakan Dr ini..nak je dia jd model untuk aku..tp xleh sbb aku nakal skit heheeh ...syabas la kerana menghasikan sebuah novel yg hebat pada pndangan aku la..

Selasa, 9 Ogos 2011

Bait-bait lagu yang memberi semangat kepada Ku

It's a long road
When you're on your own
And it hurts when
They tear your dreams apart
And every new town
Just seems to bring you down
Trying to find peace of mind
Can break your heart
It's a real war
Right outside your
front door I tell ya
Out where they'll kill ya
You could use a friend
Where the road is
That's the place for me
Where I'm me in my own space
Where I'm free that's the place
I wanna be
'Cause the road is long yeah
Each step is only the beginning
No breaks just heartaches
Oh man is anybody winning
It's a long road
And it's hard as hell
Tell me what do you do
To survive
When they draw first blood
That's just the start of it
Day and night you gotta fight
To keep alive
It's a long road ...

lagu ini mengigatkan kita satu perjalanan yang jauh untuk ditempuhi...kalu pndai main gitar best gak layan lagu niee tp syg xpndai heheheeh

Sabtu, 30 Julai 2011

LYNAS yang mencari nahas



Melihat pembinaan Kilang Lynas di Gebeng, aku terasa dalam pemikiran ini bahawa kawasan itu tidak akan selamat. Kawasan yang bakal menjadi kawasan berisiko tinggi kepada penduduk dikawasan itu. Difahamkan kawasan itu akan menjadi pusat menjana reaktor nuklear. Satu pembangunan yang boleh dibanggakan tetapi rakyat setempat telah menjadi mangsa kepada projek yang mencari nahas ini. Rata-rata rakyat setempat tidak mahu mengambil risiko yang bakal menereka hadapi di sini. Antara risiko yang mungkin mereka alami jika berlaku kebocoran loji ini adalah kanser tiroid, kanser tulang, kanser paru-paru, kanser usus, kanser pundi kencing, kanser otak, kanser buah pinggang, kanser buah dada dan leukemia.

Jika berlaku kebocoran tidak mustahil kita akan melihat beratus ribu nyawa akan melayang dan tidak mustahil ibu-ibu yang mengandung akan mengalami kecactan kekal. Diambil daripada kajian lepas yang mengalami kebocoran loji2 nuklear iaitu kebocoran radiasi di Fukushima mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu. Kesian orang-orang Gebeng terpaksa menanggung risiko mengena projek ini. Aku tumpang simpati!!!!