ubat hati

.

Selasa, 23 Ogos 2011

Ayah Su Haji Mamat


Ayah Su Haji Mamat adalah seorang tokoh agama yg di segani di daerah Kuala Terengganu.. Beliau adalah guru aku, tp masa tu aku masih kecik lagi, masa dia aktif mengajar umur aku dlm drjah 3 or 4 mcm tu la..dia sangat friendly n ramah..Jika malam jumaat (malam beliau tidak mengjar) masih ingt selalu sangat dia lepak dlm surau. Aku niee kira org plng kecik la duk lepak citu..beliau selalu pnggil aku n kata " budi mai jap tlg picit ayah Su"...aduiii kenangan tidak boleh dilupakanla..berdamping dengan seorang ulamak akhirat seperti ni. dalam ramai2 niee ada yg mualaf seperti Usop Siam, Jalil, Ali Mualaf.. Ayah Su ibarat ayah kepada mualaf ini kepada diaorang, ayah Su la segala2nya bg diaorg. Bagi aku amat pyh mahu mencari org sebaik ayah Su. Dlu masyarakat penuh dengan kejahilan, ayah Su rela bayar gaji diaorg untuk suruh diaorang dtg mengaji kat surau dia. Ayah Su tidak suka marah tp just psiko seseorng jer, kata2 dia boleh membuat seseorang itu menangis n hiba.Masih teringt lagi pada kul 10 pagi dia selalu lepak kat tingkap umah dia kalu dia tgk aku mesti ayah Su sengih n bg duit Rm 1 ... tetapi situasi ini tidak lama,arwah nenek aku bgtau ayah Su sedang sakit n aku pun pergi melawat dia. masih ingt kata2 dia ayah Su dh xlarat dh selalu xingt.selang beberapa lama dia pun pergi untuk selamanya pada tahn 1995. Jenzahnya kekuningan, terlalu ramai yg hadir memberi penghormatan terakhir kpdnya sehngga sesak lalulintas lbh kurang 5,6 kilomenter. Selapas jenazah di sembahyangkan di surau dia maka hujan renyai2 mencurah datang, keadaan mendung seolah2 bumi pun sedih ditinggalkan oleh seorang ulama. itu la serba sedikit mengenai Ayah Su.. Ya Allah aku merindui usikan mu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan