ubat hati

.

Sabtu, 30 Julai 2011

LYNAS yang mencari nahas



Melihat pembinaan Kilang Lynas di Gebeng, aku terasa dalam pemikiran ini bahawa kawasan itu tidak akan selamat. Kawasan yang bakal menjadi kawasan berisiko tinggi kepada penduduk dikawasan itu. Difahamkan kawasan itu akan menjadi pusat menjana reaktor nuklear. Satu pembangunan yang boleh dibanggakan tetapi rakyat setempat telah menjadi mangsa kepada projek yang mencari nahas ini. Rata-rata rakyat setempat tidak mahu mengambil risiko yang bakal menereka hadapi di sini. Antara risiko yang mungkin mereka alami jika berlaku kebocoran loji ini adalah kanser tiroid, kanser tulang, kanser paru-paru, kanser usus, kanser pundi kencing, kanser otak, kanser buah pinggang, kanser buah dada dan leukemia.

Jika berlaku kebocoran tidak mustahil kita akan melihat beratus ribu nyawa akan melayang dan tidak mustahil ibu-ibu yang mengandung akan mengalami kecactan kekal. Diambil daripada kajian lepas yang mengalami kebocoran loji2 nuklear iaitu kebocoran radiasi di Fukushima mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu. Kesian orang-orang Gebeng terpaksa menanggung risiko mengena projek ini. Aku tumpang simpati!!!!

Khabar baik untuk mereka yang berpuasa

Dan (walaupun demikian)berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah)kalu kamu mengetahui. surah al baqarah

Aku hanya copy drpda buku Mukjizat Ilmiah Dalam Islam yang di karang oleh Muhamad Kamel Abd Samad (semoga Allah merahmati beliau)mengenai kelebihan puasa daripada sudut sains.

1. hasil kajian sains oleh para doktor seluruh dunia membuktikan apa yang merosakan manusia dalam hidupnya adalah pemakanan yang berlebihan.Masalah makanan berlebihan akan membawa kepada masalah penghadaman, membawa kepada hati, pembuluh darah, darah tinggi dan masalah kepada pembuluh darah dan ia berisiko kepada masalah penyakit kencing manis justeru ubat daripada penyakit ini adalah lapar (puasa). Puasa dilihat mampu merawat semua sel-sel dan ia akan bertambah kuat.

2. Puasa memberi peluang kepada usus perut untuk kosong daripada makanan dan ini dapat menenangkan kegiatan usus seharian. Kaedah ini akan memberi peluang kepada usus perut untuk merawat luka-luka pada penutup lendir juga meredakan sedutan usus besar dimana zat-zat masam, gula buah-buahan menyerapi hati.

3. Kajian di Amerika mendapati puasa adalah jalan terbaik untuk mencegah penyakit kencing manis manakala di Jerman puasa di tetapkan untuk peningkatan kesihatan dan perubahan dalam diri seseorang. Para pesakit kencing manis diwajbkan tidak makan dan minum selama 8-10 jam dan dibenarkan berbuka dengan hanya makanan yang ringan (bertepatan dengan syariat Islam).

4. Rusia negara yang tidak percaya dengan mana-mana agama secara tidak langsung telah mengiktiraf amalan puasa seperti dalam buku "Lapar kerana menjaga kesihatan yang di
tulis oleh Prof Nikolai Wanilov.....dimana ia menakankan setiap warganegara menikmati kesihatan yang sempurna mereka haruslah mengosongkan perut mereka daripada sisa-sisa makanan berlebihan dan racun dengan cara benar-benar menahan pemakanan selama 3 atau 4 minggu.

5. Dr Robert Bartolo mengaskan " tanpa ragu2 lagi puasa merupakan satu cara membebaskan dari kuman antaranya Syphilis. Dan seorang lagi pakar perubatan mendapati puasa adalah untuk mengekalkan keremajaan seseorang itu.

Puasalah kerana Allah kerana puasa itu adalah nikmat kepada manusia.

Jumaat, 29 Julai 2011

Rayuan Hari Pahlawan

Mlm td ikuti berita tv 1, pukul 8.30 berita berita dibehentikan untuk memberi laluan kepada satu slot iaitu Rayuan Hari Pahlawan. Aku tidak ikuti siaran ini kerana mahu pergi ke surau untuk solat isyak. Balik dari surau fikiran aku melayang-melayang sebab memikir word "rayuan"..Pikiran aku tertnya2 adakah munasabah meletakan word rayuan kepada pahlawan? seolah2 mereka tentera Gukha pada zaman penjajah British. Rayuan adalah perkataan boleh didifinisikan sebagai meminta atau merayu.Adakah kerajaan Malaysia mengiktiraf pahlawan ini setaraf dengan peminta sedekah?. Sepatutnya kerajaan amat prihatin hal ini kerana mereka adalah benteng negara, berjuang demi keamanan negara, terpaksa berkorban apa sahaja termasuk nyawa mereka sendiri. Apabila tamat servis (21 atau 10 tahun) mereka dilihat diabaikan oleh kerajaan , peluang pekerjaan yang menanti mereka adalah menjadi pengawal keselamatan dan driver teksi sedangkan pegorbanan mereka adalah tinggi.

Pada pandangan naif aku ini selepas mereka servis kerajaan sepatutnya memantau mereka untuk habiskan sia-sisa kehidupan dengan aktiviti yang manfaat. Sedih melihat pengiktirafan kerajaan kepada mereka yang terpaksa mengunakan perkataan rayuan terhadap mereka. Mereka darah pahlawan tidak sesuai digunakan perkataan ini kepada mereka. Hasil negara kita bernilai berbilion Rm maka ruangkan sedikit hasil negara kepada mereka, mereka memerlukan perhatian bukan rayuan.

Aku amat sedih pengiktirafan perkataan rayuan ini di berikan kepada mereka, aku berharap kerajaan mengunakan perkataan lain demi maruah mereka.Mereka adalah pahlawan!!!!

SPR atau suruhanjaya perbodoh rakyat?

"Jangan anggap SPR sebagai musuh" itulah kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar semasa debat perdana di Shah Alam baru-baru ini..kenyataan ini membuktikan bahawa tahap kepercayaan rakyat terhadap badan bebas mulai terhakis akibat daripada ketidaktelusan SPR dalam menguruskan pilihanraya.. Ketidaktelusan ini seolah-olah dipergunakan oleh pihak tertentu dalam mengekalkan kuasa sesebuah kerajaan.SPR mestilah cuba mengembalikan peranan sebagai badan yang bebas dalam menguruskan pilihanraya, ia melibatkan satu perkara yang besar iaitu mengenai sebuah kuasa dan dasar sesebuah kerajaaan yang memerintah. Jika dihalusi kenapa rakyat bangkit baru2 ini yang dikenali sebagai peristiwa BERSIH 2.0? Ia seolah2 daya penolak daripada rakyat untuk melihat negara kita berul2 bebas meelalui proses pilihanraya.
Menurut beliau lagi "SPR tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan dan meletakan tangungjawab meminda undang-undang pilihanraya kepada kerajaan yang memerintah (UMNO) dan Pejabat Peguam Negara". Saya tidak faham undang-undang Malaysia ini, bagi pandangan saya yang mengambil mata pelajaran Pengajian Am pada peringkat STPM dulu,suruhanjaya adalah kuasa dibawah Yang Di Pertuan Agong bukan dibawah kuasa kerajaan. Jika ia dibawah kuasa kerajaan maka ia tidak namakan lagi suruhanjaya kerana ia mungkin bersifat bias bukan lagi telus. jika SPR di bawah kuasa kerajaan maka sudah lebih 50 tahun rakyat tertipu..fansuri amat sedih jadi rakyat Malaysia yang mungkin antara yang kena tipu...

selamat datang ramadhan

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 183 :
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.

ahli2 ibadat amat menantikan ramadhan...semua digandakan...cukup pemurah wahai Tuhan yang memiliki sekelian Alam...walupun hanya berbuat sedikit ibadat tetapi digandakan berlipat kali ganda..tetapi kita masih alpa dengan kehadiran ramadhan....masih ikut hawa nafsu.tetapi bg orang yang alim mereka menganggap bulan seribu rahmat..seribu manfaat bg mereka yang mengerti kelebihannya..aduhhh kita masih dikalangan orang-orang yang rugi,orang yang merasakan diri mereka sudah cukup amalan tenyata anggapan ini silap....
diberi juga pada ramadahan ini adalah lailatulqadar, satu hari yang amat ditunggu oleh orang yang sempurna puasanya dan ahli ibadat..YaAllah berilah aku sebagai tetamu MU di bulan rmadhan...walupun permintaan aku nieee sebagai satu permintaan yg tidak layak kerana dosa2 aku tetapi aku amat berharap diberi peluang untuk bermunajat dengan Mu pada malan lailatulqadar..
masih terigat kata2 arwah guru aku semasa berbuka puasa amat baik kita merenung pengorbanan sahabt2 kita di luar dr negara kita, mereka terpaksa berperang, menahan kelaparan akibat kebuluran, terpaksa berpisah dengan dgn tersayang kerana bencana yang menimpa...Allah aku bersyukur kerana dilahirkan di bumi bertuah ini....
Ya Allah sempurna kan lah ramadhan aku kali ini semoga di ampun dosa2 aku yg terdahulu...aku amat berharap dengan MU tuhan yang amat pemurah...

Isnin, 25 Julai 2011

Perginya seseorang yang tidak di kenali..

Hujan yang lebat malam tadi, aku cuma diam sekejap dan membaca akhbar suara keadilan..tiba terdengar suara ayah aku batuk yang agak lama dia batuk..sebagai anak aku tidak sampai hati mendengar kesengsaraan seorang ayah yang sakit. Aku terus pergi ke kedai menaiki motor dlm keadaan hujan, aku sampai di kedai dan terkejut melihat sekujur mayat berada didepan kedai..aku terpingga-pingga dala seribu persoalan, kenapa beliau meninggal? adakah kemalangan (pdalah tiada kesan kemalangan),adakah dia bergaduh (tiada juga kesan pergaduhan)..aku pergi ke kedai dan bertanya empunya kedai dan beliau menceritakan dia meniggal sbb HIV..aku tergaman!!! sungguh sadis cara kematian dalam keadaan hujan yang lebat jenazah beliau berada dlm keadaan hujan..tiada alunan Quran semasa jenazah beliau berada disitu. aku hanya bertafakul n berfikir sejenap,,,semoga Allah menjauhkan kematian seperti ini kepada aku..selang beberapa lama polis datang dan mengangkat jenazah beliau..aku pun pulang membawa ubat batuk untuk ayah aku...
Fansuri hanya sedekahkan fatihah dan meminta di ampunkan dosa beliau.semoga Allah mengampunkan dosa beliau atas kesalahan yang lampau...

Ahad, 24 Julai 2011

cuma......

aku tidak mahu banyak berbicara,
aku hanya ingin menghargai,
menghargai apa yang ada d depan aku,
menghargai penerimaan terdapat yang ada pada aku,
menghargai sebuah kehidupan,
menghargai satu perhagaan.....
kehidupan hanyalah sebuah persinggahan yg memerlukan satu bekalan kealam hakiki,
alam yg tidak ketahui d mana penghujungnya,
maka dunia adami ini aku ingin semaikan kehidupan bersama2nya,
kehidupan yg sederhan tp bahagia,
kehidupan yg penuh dengan ketenangan.....