ubat hati

.

Jumaat, 29 Julai 2011

SPR atau suruhanjaya perbodoh rakyat?

"Jangan anggap SPR sebagai musuh" itulah kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar semasa debat perdana di Shah Alam baru-baru ini..kenyataan ini membuktikan bahawa tahap kepercayaan rakyat terhadap badan bebas mulai terhakis akibat daripada ketidaktelusan SPR dalam menguruskan pilihanraya.. Ketidaktelusan ini seolah-olah dipergunakan oleh pihak tertentu dalam mengekalkan kuasa sesebuah kerajaan.SPR mestilah cuba mengembalikan peranan sebagai badan yang bebas dalam menguruskan pilihanraya, ia melibatkan satu perkara yang besar iaitu mengenai sebuah kuasa dan dasar sesebuah kerajaaan yang memerintah. Jika dihalusi kenapa rakyat bangkit baru2 ini yang dikenali sebagai peristiwa BERSIH 2.0? Ia seolah2 daya penolak daripada rakyat untuk melihat negara kita berul2 bebas meelalui proses pilihanraya.
Menurut beliau lagi "SPR tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan dan meletakan tangungjawab meminda undang-undang pilihanraya kepada kerajaan yang memerintah (UMNO) dan Pejabat Peguam Negara". Saya tidak faham undang-undang Malaysia ini, bagi pandangan saya yang mengambil mata pelajaran Pengajian Am pada peringkat STPM dulu,suruhanjaya adalah kuasa dibawah Yang Di Pertuan Agong bukan dibawah kuasa kerajaan. Jika ia dibawah kuasa kerajaan maka ia tidak namakan lagi suruhanjaya kerana ia mungkin bersifat bias bukan lagi telus. jika SPR di bawah kuasa kerajaan maka sudah lebih 50 tahun rakyat tertipu..fansuri amat sedih jadi rakyat Malaysia yang mungkin antara yang kena tipu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan