ubat hati

.

Sabtu, 30 Julai 2011

Khabar baik untuk mereka yang berpuasa

Dan (walaupun demikian)berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah)kalu kamu mengetahui. surah al baqarah

Aku hanya copy drpda buku Mukjizat Ilmiah Dalam Islam yang di karang oleh Muhamad Kamel Abd Samad (semoga Allah merahmati beliau)mengenai kelebihan puasa daripada sudut sains.

1. hasil kajian sains oleh para doktor seluruh dunia membuktikan apa yang merosakan manusia dalam hidupnya adalah pemakanan yang berlebihan.Masalah makanan berlebihan akan membawa kepada masalah penghadaman, membawa kepada hati, pembuluh darah, darah tinggi dan masalah kepada pembuluh darah dan ia berisiko kepada masalah penyakit kencing manis justeru ubat daripada penyakit ini adalah lapar (puasa). Puasa dilihat mampu merawat semua sel-sel dan ia akan bertambah kuat.

2. Puasa memberi peluang kepada usus perut untuk kosong daripada makanan dan ini dapat menenangkan kegiatan usus seharian. Kaedah ini akan memberi peluang kepada usus perut untuk merawat luka-luka pada penutup lendir juga meredakan sedutan usus besar dimana zat-zat masam, gula buah-buahan menyerapi hati.

3. Kajian di Amerika mendapati puasa adalah jalan terbaik untuk mencegah penyakit kencing manis manakala di Jerman puasa di tetapkan untuk peningkatan kesihatan dan perubahan dalam diri seseorang. Para pesakit kencing manis diwajbkan tidak makan dan minum selama 8-10 jam dan dibenarkan berbuka dengan hanya makanan yang ringan (bertepatan dengan syariat Islam).

4. Rusia negara yang tidak percaya dengan mana-mana agama secara tidak langsung telah mengiktiraf amalan puasa seperti dalam buku "Lapar kerana menjaga kesihatan yang di
tulis oleh Prof Nikolai Wanilov.....dimana ia menakankan setiap warganegara menikmati kesihatan yang sempurna mereka haruslah mengosongkan perut mereka daripada sisa-sisa makanan berlebihan dan racun dengan cara benar-benar menahan pemakanan selama 3 atau 4 minggu.

5. Dr Robert Bartolo mengaskan " tanpa ragu2 lagi puasa merupakan satu cara membebaskan dari kuman antaranya Syphilis. Dan seorang lagi pakar perubatan mendapati puasa adalah untuk mengekalkan keremajaan seseorang itu.

Puasalah kerana Allah kerana puasa itu adalah nikmat kepada manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan