ubat hati

.

Jumaat, 29 Julai 2011

Rayuan Hari Pahlawan

Mlm td ikuti berita tv 1, pukul 8.30 berita berita dibehentikan untuk memberi laluan kepada satu slot iaitu Rayuan Hari Pahlawan. Aku tidak ikuti siaran ini kerana mahu pergi ke surau untuk solat isyak. Balik dari surau fikiran aku melayang-melayang sebab memikir word "rayuan"..Pikiran aku tertnya2 adakah munasabah meletakan word rayuan kepada pahlawan? seolah2 mereka tentera Gukha pada zaman penjajah British. Rayuan adalah perkataan boleh didifinisikan sebagai meminta atau merayu.Adakah kerajaan Malaysia mengiktiraf pahlawan ini setaraf dengan peminta sedekah?. Sepatutnya kerajaan amat prihatin hal ini kerana mereka adalah benteng negara, berjuang demi keamanan negara, terpaksa berkorban apa sahaja termasuk nyawa mereka sendiri. Apabila tamat servis (21 atau 10 tahun) mereka dilihat diabaikan oleh kerajaan , peluang pekerjaan yang menanti mereka adalah menjadi pengawal keselamatan dan driver teksi sedangkan pegorbanan mereka adalah tinggi.

Pada pandangan naif aku ini selepas mereka servis kerajaan sepatutnya memantau mereka untuk habiskan sia-sisa kehidupan dengan aktiviti yang manfaat. Sedih melihat pengiktirafan kerajaan kepada mereka yang terpaksa mengunakan perkataan rayuan terhadap mereka. Mereka darah pahlawan tidak sesuai digunakan perkataan ini kepada mereka. Hasil negara kita bernilai berbilion Rm maka ruangkan sedikit hasil negara kepada mereka, mereka memerlukan perhatian bukan rayuan.

Aku amat sedih pengiktirafan perkataan rayuan ini di berikan kepada mereka, aku berharap kerajaan mengunakan perkataan lain demi maruah mereka.Mereka adalah pahlawan!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan