ubat hati

.

Sabtu, 30 Julai 2011

LYNAS yang mencari nahas



Melihat pembinaan Kilang Lynas di Gebeng, aku terasa dalam pemikiran ini bahawa kawasan itu tidak akan selamat. Kawasan yang bakal menjadi kawasan berisiko tinggi kepada penduduk dikawasan itu. Difahamkan kawasan itu akan menjadi pusat menjana reaktor nuklear. Satu pembangunan yang boleh dibanggakan tetapi rakyat setempat telah menjadi mangsa kepada projek yang mencari nahas ini. Rata-rata rakyat setempat tidak mahu mengambil risiko yang bakal menereka hadapi di sini. Antara risiko yang mungkin mereka alami jika berlaku kebocoran loji ini adalah kanser tiroid, kanser tulang, kanser paru-paru, kanser usus, kanser pundi kencing, kanser otak, kanser buah pinggang, kanser buah dada dan leukemia.

Jika berlaku kebocoran tidak mustahil kita akan melihat beratus ribu nyawa akan melayang dan tidak mustahil ibu-ibu yang mengandung akan mengalami kecactan kekal. Diambil daripada kajian lepas yang mengalami kebocoran loji2 nuklear iaitu kebocoran radiasi di Fukushima mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu. Kesian orang-orang Gebeng terpaksa menanggung risiko mengena projek ini. Aku tumpang simpati!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan